Jemputan ke Seminar Perubahan Dasar LPPSA & Hak - Hak Pembeli Unit Kediaman 2018

Jemputan ke Seminar Perubahan Dasar LPPSA & Hak - Hak Pembeli Unit Kediaman 2018




Kepada yang berkenaan
Tuan,
Jemputan ke Seminar Perubahan Dasar LPPSA & Hak - Hak Pembeli Unit Kediaman 2018
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Untuk makluman pihak tuan, KESUPEN Cawangan Seremban, dibawah Pejabat Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Seremban (JPPH) akan menganjurkan Seminar Perubahan Dasar LPPSA & Hak - Hak Pembeli Unit Kediaman 2018 pada ketetapan berikut :
Tarikh   :     26 April 2018 (Khamis)
Masa    :      8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :     Klana Resort, Seremban
3.    Segala butiran mengenai kadar & kaedah bayaran dan nombor untuk dihubungi terdapat di dalam Brochure Seminar Perubahan Dasar LPPSA & Hak - Hak Pembeli Unit Kediaman. Semoga kedatangan tuan/puan akan memberikan manfaat kepada semua dan sekaligus membina "networking" bersama JPPH, LPPSA Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (KPKT) dan peguam.
Sekian, terima kasih.

 "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya Yang Menurut Perintah,
MOHD AZMAN BIN RAZAK
 Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Seremban
Kementerian Kewangan Malaysia
Telefon : 0166987355

Popular Posts