Malaysia-Revocation of Arahan Amalan Bil 3 to 8 of 2014

Revocation of Arahan Amalan Bil 3 to 8 of 2014





__________________________________________________________________________________________________________________________
Circular No 299/2017
Dated 27 Dec 2017
To Members of the Malaysian Bar
Revocation of Arahan Amalan Bil 3 to 8 of 2014
The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Dato' Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar, has extended to us a copy of a letter entitled "Pembatalan Arahan Amalan Bilangan 3 Hingga 8 Tahun 2014", dated 21 Dec 2017, pertaining to the revocation of six Practice Directions, namely Arahan Amalan Bil 3, 4, 5, 6, 7 and 8 of 2014. 
The effective dates of those Practice Directions had been postponed on 1 July 2014.  Members were informed of the postponement through Circular No 140/2014 dated 2 July 2014.
Please be informed that the six Practice Directions are revoked with immediate effect.
The relevant portion of the letter that we received today is reproduced below, and a copy of it is attached for your reference.
Thank you.
Roger Chan Weng Keng
Secretary
Malaysian Bar
___________________________________________________________________________
Tarikh: 21 Disember 2017
PEMBATALAN ARAHAN AMALAN BILANGAN 3 HINGGA 8 TAHUN 2014
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2.         Sebagaimana YBhg. Datuk/YBhg. Dato'/YBhg. Datin/YBrs. Tuan/YBrs. Puan sedia maklum, pada 19 Jun 2014 sebanyak 6 Arahan Amalan yang berikut telah dikeluarkan/diedarkan sebagaimana berikut:
(i) Arahan Amalan Bil. 3 Tahun 2014 bertajuk "Pemprosesan Rayuan Kes-Kes Sivil dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi dan Pembayaran Deposit Rayuan";
(ii) Arahan Amalan Bil. 4 Tahun 2014 bertajuk "Pemfailan Perakuan oleh Peguam Plaintif bagi Tuntutan Harta Tak Alih atas Kegagalan Defendan Memasukkan Kehadiran di bawah Aturan 13 Kaedah 4(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012";
(iii) Arahan Amalan Bil. 5 Tahun 2014 bertajuk "Bayaran Pemfailan bagi Penghakiman Ingkar dipinda oleh Mahkamah";
(iv) Arahan Amalan Bil. 6 Tahun 2014 bertajuk "Penolakan Deposit bagi Kos Pelaksanaan berkaitan Writ Pelaksanaan";
(v) Arahan Amalan Bil. 7 Tahun 2014 bertajuk "Format Khas bagi Notis Tunjuk Sebab di bawah Aturan 52 Kaedah 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012"; dan
(vi) Arahan Amalan Bil. 8 Tahun 2014 bertajuk "Pemfailan Dokumen di bawah Aturan 92 Kaedah 1(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Enam Arahan Amalan tersebut disertakan sebagaimana pada Lampiran 1.
3.         Pada 1 Julai 2014, penguatkuasaan semua Arahan Amalan tersebut telah ditangguhkan. Sesalinan Surat bertarikh 1 Jualai 2014 disertakan sebagaimana pada Lampiran 2.
4.         Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia seterusnya telah meneliti dan mengkaji Arahan Amalan tersebut dan dengan itu dimaklumkan bahawa 6 Arahan Amalan tersebut adalah DIBATALKAN DENGAN SERTA-MERTA.

This circular and the attachment may also be accessed here.




Popular Posts