Malaysia-Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2016

Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2016






​________________________________________________________________________________________________________________________
Circular No 288/2016
Dated 28 Dec 2016
To Members of the Malaysian Bar
Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2016
Kod Lokasi bagi Pendaftaran Nombor Kes Jenayah dan Sivil di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Seluruh Malaysia
The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Dato' Sri Latifah bt Haji Mohd Tahar, has extended to us a copy of Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2016, dated 23 Dec 2016, pertaining to location codes for the registration of case numbers for criminal and civil cases in the High Courts and Subordinate Courts in Malaysia.

Please be informed that Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2016 will take effect on 1 Jan 2017 (Sunday).
Arahan Amalan Bil 4 Tahun 2011 entitled "Pendaftaran Nombor Kes Sivil dan Jenayah di Mahkamah" is thereby revoked.
The relevant portion of Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2016 is reproduced below, and a copy of it is attached for your reference.
Thank you.

Karen Cheah Yee Lynn
Secretary
Malaysian Bar
___________________________________________________________________________
Tarikh: 23 Disember 2016
ARAHAN AMALAN BIL. 6 TAHUN 2016
KOD LOKASI BAGI PENDAFTARAN NOMBOR KES JENAYAH DAN SIVIL
DI MAHKAMAH TINGGI DAN MAHKAMAH RENDAH SELURUH MALAYSIA
Dengan hormatnya saya diarahkan untuk merujuk kepada perkara di atas.
2.         Sebagaimana YBhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan sedia maklum, Badan Kehakiman Malaysia sedang dalam usaha untuk mempertingkatkan sistem pemfailan dokumen secara atas talian di Mahkamah seluruh Malaysia.  Sehubungan dengan itu, pangkalan data yang lengkap dan sistematik perlu diwujudkan untuk memudahkan pengguna mengakses kes-kes mahkamah yang disimpan di dalam sistem e-Kehakiman.
3.         Bagi tujuan tersebut juga, YAA Ketua Hakim Negara telah mengarahkan agar pendaftaran kes-kes jenayah dan sivil secara elektronik di Mahkamah hendaklah mengandungi informasi mengenai lokasi mahkamah di mana kes tersebut difailkan.
4.         Justeru itu, bagi maksud penyeragaman pendaftaran kes-kes jenayah dan sivil, ianya hendaklah didahului dengan Kod Lokasi Mahkamah dan kemudian diikuti pula dengan Perihal Kes.  Penentuan Kod Lokasi Mahkamah adalah sebagaimana dinyatakan pada LAMPIRAN A.
Contoh 1 : Bagi kes jenayah jalanan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka yang didaftarkan pada bulan Januari 2017, pendaftaran nombor kes adalah seperti yang berikut:
MA-83J-5-01/2017
BUTIRAN
PETUNJUK
MA
Kod Lokasi Mahkamah
83J-5-01/2017
Perihal Kes
Contoh 2 : Bagi kes Tort (Pekhidmat Awam) di Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang berkenaan dengan kemalangan jalan raya untuk jumlah tuntutan RM300,001 yang didaftarkan pada bulan Februari 2017, pendaftaran nombor kes adalah seperti yang berikut :
CA-B51KJ-334-02/2017
BUTIRAN
PETUNJUK
CA
Kod Lokasi
B51KJ-334-02/2017
Perihal Kes
5.         Arahan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2017 dan Arahan Amalan Bil. 4 Tahun 2011 bertajuk Pendaftaran Nombor Kes Sivil dan Jenayah di Mahkamah adalah dibatalkan.
This circular and the attachment may also be accessed here.





Popular Posts