Malaysia-Arahan Amalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Bil 1 Tahun 2016

Arahan Amalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Bil 1 Tahun 2016






​__________________________________________________________________________________________________________________________
Circular No 138/2016
Dated 13 June 2016
To Members of the Malaysian Bar
Arahan Amalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Bil 1 Tahun 2016
Pindaan kepada Arahan Amalan Mahkamah Rayuan Bil 1 Tahun 2008
We refer to Circular No 140/2008 dated 22 May 2008, entitled "Court of Appeal Practice Direction No 1 of 2008".  The Registrar of the Court of Appeal, Norsharidah bt Awang, has extended to us a copy of a notice, dated 24 May 2016, entitled "Arahan Amalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Bil 1 2016 | Pindaan kepada Arahan Amalan Mahkamah Rayuan Bil 1 Tahun 2008".
The notice amends Arahan Amalan Mahkamah Rayuan Bil 1 Tahun 2008, and takes effect on 1 July 2016 (Friday).
The relevant portion of the notice is reproduced below, and a copy of it is attached for your reference.
Thank you.
Karen Cheah Yee Lynn
Secretary
Malaysian Bar
_________________________________________________________________________________________________________________
ARAHAN AMALAN PENDAFTAR MAHKAMAH RAYUAN BIL. 1 TAHUN 2016
PINDAAN KEPADA ARAHAN AMALAN MAHKAMAH RAYUAN
BIL. 1 TAHUN 2008
Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk perkara di atas.
2.         Dimaklumkan bahawa YAA Presiden Mahkamah Rayuan mengarahkan agar Arahan Amalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Bil. 1 Tahun 2008 dipinda seperti di Lampiran.
3.         Arahan ini berkuatkuasa 1 Julai 2016.
_________________________________________________________________________________________________________________
ARAHAN AMALAN MAHKAMAH RAYUAN BIL. 1 TAHUN 2016
PINDAAN KEPADA ARAHAN AMALAN MAHKAMAH RAYUAN
BIL. 1 TAHUN 2008
Semua Rayuan Jenayah dan Permohonan Rayuan Jenayah di Mahkamah Rayuan Malaysia hendaklah menepati Arahan Amalan Pindaan ini.
Nama dan permulaan kuat kuasa
1.         (1)        Arahan Amalan ini bolehlah dinamakan Arahan Amalan Bil. 1 Tahun 2016.
            (2)        Arahan Amalan ini mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2016.
Pindaan Bahagian III, Perenggan 2(e)
2.         Arahan Amalan Bilangan 1 tahun 2008 dipinda dengan menggantikan perenggan 2(e) dengan perenggan yang berikut:
"(e)      Rekod Rayuan hendaklah mengandungi 4 Bahagian Jilid iaitu Jilid 1, Jilid 2,
Jilid 3 dan Jilid 4 dan hendaklah disusun seperti berikut:
(ea)      Jilid 1 hendaklah mengandungi—
  1. Butir-butir perbicaraan;
  2. Notis Rayuan;
  3. Kertas Pertuduhan;
  4. Petisyen Rayuan;
  5. Perintah termeterai dari Mahkamah Tinggi; dan
  6. Alasan Penghakiman Mahkamah Tinggi.
(eb)      Jilid 2 hendaklah mengandungi—
  1. nota Keterangan (tidak melebihi 200 helaian sejilid);
  2. sekiranya melebihi 200 muka surat, Jilid seterusnya hendaklah dinamakan sebagai Jilid 2A, 2B dan seterusnya; dan
  3. hendaklah dijilidkan secara berasingan.
(ec)      Jilid 3 hendaklah mengandungi—
  1. semua ekshibit sama ada dalam bentuk dokumen atau gambar dan hendaklah berwarna;
  2. sekiranya melebihi 200 muka surat, Jilid seterusnya hendaklah dinamakan sebagai Jilid 3A, 3B dan seterusnya; dan
  3. hendaklah dijilidkan secara berasingan.
(ed)      Jilid 4 hendaklah mengandungi—
  1. hujahan bertulis pihak pendakwaan;
  2. hujahan bertulis pihak pembelaan; dan
  3. hendaklah tidak mengandungi sebarang otoriti.".
Perenggan baru 2(f)
3.         Arahan Amalan Bilangan 1 Tahun 2008 dipinda dengan memasukkan selepas perenggan 2(e) perenggan yang berikut:
"(f)       Bagi tujuan penyediaan Rekod Rayuan Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Persekutuan, perkataan "JILID" hendaklah dicopkan di sudut atas sebelah kanan muka surat hadapan Rekod Rayuan. Setiap salinan dokumen dalam Rekod Rayuan hendaklah jelas dan boleh dibaca.".
This circular and the attachment may also be accessed here.



Popular Posts