Malaysia-Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 2 Tahun 2016 | Waktu Bersidang Semasa Bulan Ramadhan 1437/2016

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 2 Tahun 2016 | Waktu Bersidang Semasa Bulan Ramadhan 1437/2016







​_____________________________________________________________________________________________________________________________________

Circular No 132/2016
Dated 3 June 2016

To Members of the Malaysian Bar
Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 2 Tahun 2016

Waktu Bersidang Semasa Bulan Ramadhan 1437/2016

The Chief Judge of Malaya, YAA Tan Sri Dato' Seri Zulkefli b Ahmad Makinudin, has extended to us a copy of Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 2 Tahun 2016, dated 3 June 2016, entitled "Waktu Bersidang Semasa Bulan Ramadhan 1437/2016".
Please be informed that Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 2 Tahun 2016 will take effect from 6 June 2016 (Monday) to 5 July 2016 (Tuesday).
The relevant portion of Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 2 Tahun 2016, which we received today, is reproduced below, and a copy of it is attached for your reference.
Thank you.
Karen Cheah Yee Lynn
Secretary
Malaysian Bar

____________________________________________________________________________________________________________________________________

ARAHAN AMALAN HAKIM BESAR MALAYA BIL. 2 TAHUN 2016

WAKTU BERSIDANG SEMASA BULAN RAMADHAN 1437/2016


Setelah berunding dengan YAA Ketua Hakim Negara, adalah diarahkan semua Yang Arif Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman Tinggi Malaya, Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah, dan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah seluruh Semenanjung Malaysia untuk memulakan prosiding mahkamah pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang sepanjang bulan Ramadhan tahun ini (mulai 6 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016).

2. Ini adalah bertujuan untuk menghormati kemuliaan bulan Ramadhan disamping memberi peluang kepada semua YA, pegawai dan kakitangan mahkamah bagi menjalankan ibadah puasa dengan lebih sempurna.

3. Sekiranya pihak-pihak terlewat hadir pada jam 8.30 pagi, YA/Tuan/Puan hendaklah menggunakan pertimbangan dan budibicara dalam pengendalian dan pengurusan kes berkenaan.

4. Sehubungan dengan itu, sila ambil tindakan segera bagi memaklumkan kepada semua pihak yang terlibat dalam kes di mahkamah YA/Tuan/Puan.

5. Arahan ini berkuatkuasa pada 6 Jun 2016.

This circular and the attachment may also be accessed here.




Popular Posts