Malaysia-Jemputan Pertandingan Perbicaraan (Mooting) Peringkat Kebangsaan 2016

Jemputan Pertandingan Perbicaraan (Mooting) Peringkat Kebangsaan 2016
To:






SBC/CIR/033/2016
22hb Mac, 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Peguam Malaysia bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Perbicaraan (Mooting) 2016 pada 15, 16 dan 17hb April 2016.

Objektif pertandingan ini adalah untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam bidang kehakiman dan undang-undang negara ini dan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan Peguam Muda, pelatih dalam kamar dan pelajar undang-undang Institut Penggajian Tinggi Awam dan Swasta.
Oleh yang demikian, Jawatankuasa Peguam Selangor ingin menghantar satu pasukan (yang terdiri daripada peguam muda dan pelatih dalam kamar) untuk menyertai pertandingan ini.  Justeru itu bagi yang berminat, sila hubungi sekretariat di talian 03-5519 6219 (Puan Farizan) selewat-lewatnya pada atau sebelum 31/03/2016.

*'First-Come First-Serve Basis'
*Jawatankuasa Peguam Negeri akan memilih peserta untuk pertandingan perbicaraan (Mooting).

Terima Kasih,

Sekretariat,
Jawatankuasa Peguam Selangor.






 

Popular Posts