Malaysia-Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2016 | Pindaan Kepada Garis Panduan, Tatacara dan Tanggungjawab Peguam Lantikan Mahkamah Bagi Kes-Kes Kesalahan Hukuman Mati

Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2016 | Pindaan Kepada Garis Panduan, Tatacara dan Tanggungjawab Peguam Lantikan Mahkamah Bagi Kes-Kes Kesalahan Hukuman Mati





​___________________________________________________________________________________________________________________________

Circular No 035/2016
Dated 12 Feb 2016
To Members of the Malaysian Bar
Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2016
Pindaan Kepada Garis Panduan, Tatacara dan Tanggungjawab Peguam Lantikan Mahkamah Bagi Kes-Kes Kesalahan Hukuman Mati
We refer to Circular No 146/2013 dated 28 June 2013, entitled "Arahan Amalan Bil 5 Tahun 2013 | Garis Panduan, Tatacara dan Tanggungjawab Peguam Lantikan Mahkamah bagi Kes-Kes Kesalahan Hukuman Mati".
The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Datin Latifah bt Haji Mohd Tahar, has extended to us a copy of Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2016, dated 10 Feb 2016, entitled "Pindaan kepada Garis Panduan, Tatacara dan Tanggungjawab Peguam Lantikan Mahkamah bagi Kes-Kes Kesalahan Hukuman Mati", relating to court-assigned counsel for capital punishment cases.
Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2016 amends Arahan Amalan Bil 5 Tahun 2013, and takes effect from 15 Feb 2016 (Monday).
The relevant portion of Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2016, which we received on 11 Feb 2016, is reproduced below, and a copy of it is attached for your reference.
Thank you.
Karen Cheah Yee Lynn
Secretary
Malaysian Bar
_______________________________________________________________________________________
 Tarikh: 10 Februari 2016
ARAHAN AMALAN BIL. 1 TAHUN 2016
PINDAAN KEPADA GARIS PANDUAN, TATACARA DAN TANGGUNGJAWAB PEGUAM LANTIKAN MAHKAMAH BAGI KES-KES KESALAHAN HUKUMAN MATI
YAA Ketua Hakim Negara mengarahkan bahawa Arahan Amalan Bilangan 5 tahun 2013 berkenaan dengan garis panduan, tatacara dan tanggungjawab peguam lantikan mahkamah bagi kes-kes kesalahan hukuman mati dipinda seperti yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
(1)        Arahan Amalan ini bolehlah dinamakan Arahan Amalan Bil. 1 Tahun 2016 Pindaan Kepada Garis Panduan, Tatacara dan Tanggungjawab Peguam Lantikan Mahkamah Bagi Kes-Kes Kesalahan Hukuman Mati.
(2)        Arahan Amalan ini mula berkuat kuasa pada 15 Februari 2016.
Pindaan subperenggan 10.2
2.           Arahan Amalan Bilangan 5 tahun 2013 dipinda dengan–
(a) menggantikan subperenggan 10.2.1 dengan subperenggan yang berikut–
"10.2.1 Bayaran getting up kepada Peguam Lantikan Mahkamah
di peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan adalah sebanyak RM3,000.00 dan di Mahkamah Persekutuan sebanyak RM3,500.00, dan bayaran pada item (c), (d), (e), (f), (g), dan (i) pada perenggan 9.1.2 untuk Mahkamah Rayuan dan perenggan 9.1.3 untuk Mahkamah Persekutuan tersebut boleh dituntut sehari sebelum tarikh perbicaraan dan hari-hari berikutnya tanpa mengira tempoh hari perbicaraan.
Walau bagaimanapun, tuntutan bagi item (c), (d), (e), (f), (g), dan (i) hanya boleh dibuat Peguam Lantikan Mahkamah yang telah dipanggil bertugas di luar tempat di mana dia menjalankan perniagaannya.
Bagi tuntutan bayaran kos sebenar, tuntutan tersebut hendaklah disokong dengan pengemukaan resit yang diperakui sah."
(b) dengan menomborkan semula subperenggan 10.2.1 iaitu berkenaan "Peguam Lantikan Mahkamah Menarik Diri Pada Mana-Mana Peringkat Presiding" dengan subperenggan 10.2.2.
This circular and the attachment may also be accessed here.





--
--

Popular Posts