Malaysia- Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2014

Reminder | Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2014






​____________________________________________________________________________________________________________________________


Circular No 267/2015
Dated 15 Dec 2015

To Members of the Malaysian Bar
Reminder | Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2014:
Panduan Pemfailan Dokumen dan Prosedur Persidangan dalam Prosiding Rayuan Sivil dan Permohonan Sivil di Mahkamah Persekutuan
The Judiciary has requested that the Bar Council remind Members of the Bar of "Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2014: Panduan Pemfailan Dokumen dan Prosedur Persidangan dalam Prosiding Rayuan Sivil dan Permohonan Sivil di Mahkamah Persekutuan", dated 3 Mar 2014.

The relevant portion of Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2014 is reproduced below, and Bar Council Circular No 056/2014 dated 13 Mar 2014, which informed Members of Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2014, is also attached for your reference.
Thank you.
Karen Cheah Yee Lynn
Secretary
Malaysian Bar
_________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh: 3 Mac 2014
ARAHAN AMALAN BIL 1 TAHUN 2014
PANDUAN PEMFAILAN DOKUMEN DAN PROSEDUR PERSIDANGAN DALAM PROSIDING RAYUAN SIVIL DAN PERMOHONAN SIVIL DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN
Bagi tujuan penyelarasan dan keberkesanan prosiding rayuan sivil dan permohonan sivil di Mahkamah Persekutuan serta untuk memudahkan rujukan oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan, YAA Ketua Hakim Negara mengarahkan yang berikut:
2. PEMFAILAN DOKUMEN-DOKUMEN
Dokumen-Dokumen berikut hendaklah difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan dalam tempoh tidak kurang 14 hari dari tarikh pendengaran kes:
2.1 IKATAN TERAS BERSAMA/IKATAN TERAS — selepas ini dirujuk sebagai 'Ikatan Teras'
2.1.1 Definisi
Ikatan Teras bermaksud ikatan-ikatan dokumen yang mengandungi alasan penghakiman dan semua dokumen yang akan dirujuk oleh pihak-pihak semasa pendengaran kes.
2.1.2 Pembahagian
Ikatan Teras hendaklah dibahagikan kepada dua Ikatan iaitu:
a) Ikatan Penghakiman; dan
b)Ikatan Dokumen
2.1.3 Pemakaian
Ikatan Teras bertujuan untuk memudahkan perjalanan prosiding di Mahkamah Persekutuan. Justeru pihak-pihak tidak dihalang daripada merujuk kepada mana-mana dokumen lain yang terdapat dalam Rekod Rayuan sekiranya dokumen tersebut tertinggal daripada dimasukkan ke dalam Ikatan Teras.
2.1.4 Penandaan Muka Surat Ikatan Teras
Walaupun setiap muka surat dokumen-dokumen yang dimasukkan ke dalam Ikatan Teras telah dinomborkan semasa penyediaan Rekod Rayuan, dokumen-dokumen berkenaan juga hendaklah dinomborkan di bahagian sudut bawah kanan mengikut turutan.
2.2 HUJAHAN BERTULIS DAN IKATAN OTORITI
2.2.1 Hujahan Bertulis hendaklah:
(a) difailkan secara bercetak (hard copy);
(b) dihantar melalui e-mel (alamat e-mel akan dimaklumkan semasa pengurusan kes);
(c) disertakan satu Ringkasan Eksekutif jika melebihi 30 muka surat; dan
(d) menggunakan tulisan jenis Arial bersaiz 14 dengan jarak 1.5 di antara barisan.
2.3 WARNA JILID
Pewarnaan jilid dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas hendaklah seperti yang berikut:
Bil.
Dokumen
Warna Jilid
1
Ikatan Teras
Kuning
2
Hujahan Bertulis dan Ikatan Otoriti Perayu/Pemohon
Biru
3
Hujahan Bertulis dan Ikatan Otoriti Responden
Hijau
2.4 JUMLAH SALINAN
Dokumen-Dokumen Ikatan Teras, Hujahan Bertulis dan Ikatan Otoriti hendaklah difailkan dalam enam (6) salinan melainkan terdapat arahan khusus yang diberikan oleh Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
3. TEMPOH MASA HUJAHAN LISAN (BAGI PERMOHONAN SIVIL)
Tempoh hujahan lisan bagi setiap pihak adalah terhad kepada 15 minit sahaja.  Sebarang lanjutan masa adalah tertakluk kepada budi bicara Pengerusi Panel.
4. PERMULAAN KUAT KUASA DAN PEMBATALAN
4.1 Arahan Amalan ini mula berkuat kuasa serta merta.
4.2 Dengan berkuat kuasanya Arahan Amalan ini, maka Arahan Amalan Bil. 2/2006: Pemfailan "Core Bundle" dalam Prosiding Rayuan Sivil di Mahkamah Persekutuan adalah terbatal.
This circular and the attachment may also be accessed here.




--
-- 

Popular Posts