Malaysia-68th Annual General Meeting of the Malaysian Bar

68th Annual General Meeting of the Malaysian Bar






_____________________________________________________________________________________________________________________

Please scroll down to view a Bahasa Malaysia translation of this circular.
Sila lihat di bawah untuk terjemahan pekeliling ini dalam Bahasa Malaysia.
Circular No 033/2014
Dated 19 February 2014
To Members of the Malaysian Bar and pupils in chambers

68th Annual General Meeting of the Malaysian Bar
Date     : 15 March 2014 (Saturday)
Time     : 10:00 am
Venue   : Grand Ballroom, Level 1, Convention Centre, Renaissance Kuala Lumpur Hotel, Corner of Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Notice is hereby given that the 68th Annual General Meeting ("AGM") of the Malaysian Bar will be held at 10:00 am on 15 March 2014 (Saturday) at the Grand Ballroom, Level 1, Convention Centre, Renaissance Kuala Lumpur Hotel, Corner of Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Please note that the 2013/14 Annual Report will be distributed in CD-ROM format, which Members will receive by post before the AGM.  The PDF version will be uploaded on the Malaysian Bar website, and the website link emailed to Members by circular, in early March 2014.
We take this opportunity to remind Members that under section 64(6) of the Legal Profession Act 1976 ("LPA"), if any Member of the Malaysian Bar desires to propose any motion to be considered at the said AGM, the Member shall, "not less than seven days before the date first appointed for holding the meeting, serve on the Secretary of the Malaysian Bar a notice of such motion in writing".
In accordance with section 64(4) of the LPA, the quorum shall be 500 Members of the Malaysian Bar.  If the quorum is not present by 11:00 am, the AGM shall be adjourned to 11:15 am on the same day and at the same venue.
Please note that you will be required to produce your National Registration Identity Card ("NRIC") or driver's licence in order to register your attendance for the AGM.
Under the Continuing Professional Development ("CPD") Scheme, you will earn one CPD point for attending the AGM.
Members are urged to make every effort to attend the AGM so that issues affecting the profession may be effectively discussed by as many Members as possible.  We look forward to your participation and presence at the AGM on 15 March 2014.
Thank you.
Richard Wee Thiam Seng
Secretary
Malaysian Bar

Note
  1. Members are kindly requested to make every effort to attend the meeting punctually to ensure a quorum of 500.
  2. Registration counters will open from 8:30 am.  Light refreshments will be served.
  3. Pupils in chambers may attend but shall not vote, and shall be seated only at the area(s) designated for them.
  4. All Members and pupils in chambers shall, upon registering their names, wear the designated wristbands for the purpose of admission.
  5. For information on preferential hotel corporate rates secured by Bar Council, please refer to the current list, which can be downloaded from the scroll box located on the top right-hand section of the Malaysian Bar website at www.malaysianbar.org.my
________________________________________________________________________________________________
Pekeliling No 033/2014
Bertarikh 19 Februari 2014
Kepada Ahli Bar Malaysia dan pelatih dalam kamar
Mesyuarat Agung Tahunan Bar Malaysia yang ke-68
Tarikh    : 15 Mac 2014 (Sabtu)
Masa     : 10:00 pagi
Tempat  : Grand Ballroom, Aras 1, Convention Centre, Renaissance Kuala Lumpur Hotel, Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan ("MAT") Bar Malaysia yang ke-68 akan diadakan pada pukul 10:00 pagi, 15 Mac 2014 (Sabtu), bertempat di Grand Ballroom, Aras 1, Convention Centre, Renaissance Kuala Lumpur Hotel, Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Sila ambil perhatian bahawa Laporan Tahunan 2013/14 akan diedarkan dalam bentuk CD-ROM, yang mana Ahli bakal menerimanya secara pos sebelum MAT.  Versi PDF akan dimuat naikkan ke laman sesawang Bar Malaysia, dan pautan laman sesawang tersebut akan diedarkan melalui pekeliling secara emel sekitar awal bulan Mac 2014.
Kami mengambil kesempatan ini untuk memperingatkan Ahli mengenai peruntukan di bawah seksyen 64(6) Akta Profesion Undang-Undang 1976 ("APUU"), bahawa sekiranya mana-mana Ahli Bar Malaysia berhasrat untuk mencadangkan apa-apa usul untuk dipertimbangkan dalam MAT tersebut, beliau hendaklah, "tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh yang mula-mula ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat itu, menyampaikan notis usul itu secara bertulis kepada Setiausaha Bar Malaysia".
Menurut seksyen 64(4) APUU, kuorum mesyuarat ialah seramai 500 orang Ahli Bar Malaysia.  Sekiranya kuorum tidak dapat dicapai pada pukul 11:00 pagi, maka MAT akan ditunda ke pukul 11:15 pagi pada hari dan di tempat yang sama.
Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki mengemukakan Kad Pengenalan atau lesen memandu bagi tujuan pendaftaran kehadiran di MAT.
Di bawah Skim Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development, "CPD"), anda akan mendapat satu mata CPD bagi kehadiran di MAT.
Setiap Ahli disarankan berusaha sedaya upaya untuk menghadiri MAT agar segala isu yang melibatkan profesion ini dapat diperbincangkan dengan lebih berkesan oleh seberapa ramai Ahli yang mungkin.  Kami mengalu-alukan penyertaan dan kehadiran anda di MAT pada 15 Mac 2014.
Terima kasih.
Richard Wee Thiam Seng
Setiausaha
Bar Malaysia

Perhatian
  1. Ahli disarankan berusaha sedaya upaya untuk menghadiri mesyuarat tepat pada masa yang ditetapkan bagi memastikan kuorum 500 orang Ahli dapat dicapai.
  2. Kaunter pendaftaran akan dibuka mulai pukul 8:30 pagi.  Jamuan ringan akan disediakan.
  3. Pelatih dalam kamar dibenarkan hadir tetapi tidak dibenarkan mengundi dan hanya dibenarkan duduk di tempat yang disediakan.
  4. Setelah mendaftarkan diri, semua Ahli dan pelatih dalam kamar dikehendaki memakai jalur pergelangan tangan yang disediakan, untuk dibenarkan masuk ke ruang mesyuarat.
  5. Untuk maklumat tentang kadar korporat untuk hotel yang diperolehi oleh Majlis Peguam, sila rujuk senarai semasa yang boleh dimuat turun dari kotak skrol di bahagian atas sebelah kanan laman sesawang Bar Malaysia di www.malaysianbar.org.my


This circular may also be accessed here.


--
-- 

Popular Posts