Malaysian-Jemputan bagi Memeriahkan Acara Pertandingan Pidato Peguam (19 Okt 2011)

Jemputan bagi Memeriahkan Acara Pertandingan Pidato Peguam (19 Okt 2011)







________________________________________________________________________________________________________________________________

No Pekeliling 235/2011
Tarikh 14 Okt 2011


Ahli-ahli Bar Malaysia

Jemputan bagi Memeriahkan Acara Pertandingan Pidato Peguam (19 Okt 2011)

Kami merujuk kepada No Pekeliling 221/2011

Pihak Majlis Peguam, bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP"), bakal menganjurkan satu pertandingan pidato untuk para peguam.  Acara yang julung-julung kali diadakan ini adalah bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 anjuran DBP yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun.

Dengan sukacitanya, kami menjemput semua Ahli untuk hadir bagi memeriahkan acara ini dan menyokong rakan-rakan kita yang bakal berjuang bagi menyampaikan idea, pandangan dan fakta yang berkesan dan bernas.  Sokongan dari rakan peguam yang lain dan masyarakat umum amatlah dihargai.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai pertandingan tersebut:

Tarikh: 19 Okt 2011 (Rabu)

Masa: 2:00 petang – 5:00 petang


Tempat:         Auditorium DBP, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur

Aturcara program (tertakluk kepada perubahan akhir):

2:00 petang: Pendaftaran Peserta
Ketibaan Tetamu Jemputan

2:30 petang: Pertandingan Pidato Peguam
(Peserta 1–10)

4:15 petang: Ucapan Alu-aluan oleh YBhg Salahuddin Abg Shokeran
Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP
                        Ucapan oleh Tony Woon Yeow Thong
  Setiausaha, Bar Malaysia
                        Penyampaian Hadiah

Minum Petang

Bersurai

Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, sila hubungi Adi Irman (03-2050 2102) atau Mazni Ibrahim (03-2050 2101; mazni@malaysianbar.org.my).

Terima kasih.


Amirruddin Abu Bakar
Mukhtar Abdullah 
Pengerusi-pengerusi Bersama 
Jawatankuasa Bahasa Melayu



Pekeliling ini boleh juga diakses di sini





--

Popular Posts