Tuesday, 27 July 2010

[Malaysian Bar:2859] Kenyataan Akhbar: Cukup sudah 50 tahun | Mansuhkan ISA dan lain-lain undang-undang penahanan tanpa bicara serta peruntukkan keselamatan yang kuno

---------- Forwarded message ----------
From: Bar Council <council@malaysianbar.org.my>
Date: 2010/7/26
Subject: [Malaysian Bar:2859] Kenyataan Akhbar: Cukup sudah 50 tahun | Mansuhkan ISA dan lain-lain undang-undang penahanan tanpa bicara serta peruntukkan keselamatan yang kuno
To: malaysianbar@googlegroups.com


    logo.gif   
Malaysian Bar Council
____________________________________
 
No. 13, 15 & 17, Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2031 3003 (Hunting Line) Fax: 03-2034 2825, 2026 1313, 2072 5818
 

Kenyataan Akhbar

Cukup sudah 50 tahun: Mansuhkan ISA dan lain-lain undang-undang penahanan tanpa bicara serta peruntukkan keselamatan yang kuno
 
1 Ogos 2010 menandakan ulangtahun ke-50 berkuatkuasanya Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (AKDN).  AKDN membenarkan kuasa menahan seseorang tanpa perlu dibicarakan yang melanggar hak asasi untuk dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah.
 
Majlis Peguam pada 19 Julai 2010 telah mengemukakan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri menuntut pemansuhan AKDN serta undang-undang lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara, iaitu Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.  Memorandum tersebut turut menuntut Kerajaan Malaysia memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Buang Negeri 1959.
 
Memorandum Majlis Peguam menarik perhatian kepada sifat kuno perundangan-perundangan tersebut.  Memorandum itu menyerlahkan bagaimana undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia yang diperuntukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948 dan konvensyen-konvensyen antarabangsa lanjutan dari itu.  Ia turut membandingkan undang-undang anti-keganasan dalam bidangkuasa-bidangkuasa lain seperti Australia, Canada, United Kingdom dan Amerika Syarikat yang kesemuanya menyediakan peruntukkan menyeluruh bagi melindungi keselamatan negara masing-masing tanpa mengabaikan ciri-ciri perlindungan kebebasan individu dan hak asasi manusia.  Ini telah dipastikan melalui gabungan beberapa ciri seperti klausa 'sunset' yang otomatik, pengawasan kehakiman dengan peruntukkan perahsiaan dan hak mendapatkan khidmat guaman.  Undang-undang Malaysia seharusnya turut memperuntukkan perlindungan yang sama.
 
Memorandum Majlis Peguam menegaskan bahawa peruntukkan undang-undang Malaysia melalui Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah yang telah dikukuhkan serta peruntukkan imigresen, perundangan untuk pencegahan pengubahan wang dan pencegahan pembiayaan keganasan sudahpun memberi kuasa yang cukup kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk menangani cabaran yang dihadapi dari aktiviti jenayah sedemikian, namun pada masa yang sama membolehkan seseorang itu didakwa menurut proses undang-undang yang sewajarnya.  Kuasa menahan tanpa bicara dan menyekat pergerakan bebas adalah langsung tidak perlu dan hanya akan menjurus kepada sikap melakukan siasatan secara acuh tak acuh serta menyebabkan salahguna dan penyalahgunaan undang-undang.
 
Memorandum tersebut boleh dimuat turun di sini.
 
Badan Peguam Malaysia menuntut agar Kerajaan Malaysia menghormati dan menegakkan hak asasi manusia rakyatnya.  Sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu 2010-2013, Malaysia kini terikat dengan tanggungjawab menegakkan suatu piawaian hak asasi yang tertinggi.  Ini akan hanya dicapai melalui pemansuhan kesemua undang-undang yang melanggar prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia seperti AKDN dan lain-lain perundangan yang membolehkan penahanan tanpa bicara serta penyekatan kebebasan bergerak rakyat di dalam kawasan sempadannya sendiri.  Cukup sudah 50 tahun hidup di bawah AKDN (dan tempoh lebih panjang di bawah sebahagian peruntukkan-peruntukkan yang lain).  Sekaranglah masanya untuk membebaskan rakyat Malaysia dari undang-undang yang tidak saksama atau adil.
  
 
Ragunath Kesavan
Presiden
Badan Peguam Malaysia
 
26 Julai 2010


[Malaysian Bar:2860] Press Release: 50 years is more than enough | Abolish the ISA and other detention without trial and outdated security laws

---------- Forwarded message ----------
From: Bar Council <council@malaysianbar.org.my>
Date: 26 July 2010 14:21
Subject: [Malaysian Bar:2860] Press Release: 50 years is more than enough | Abolish the ISA and other detention without trial and outdated security laws
To: malaysianbar@googlegroups.com


    logo.gif   
Malaysian Bar Council
____________________________________
 
No. 13, 15 & 17, Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2031 3003 (Hunting Line) Fax: 03-2034 2825, 2026 1313, 2072 5818
 

Press Release

50 years is more than enough: Abolish the ISA and other detention without trial and outdated security laws
 
1 August 2010 marks the 50th Anniversary of the coming into force of the Internal Security Act 1960 (ISA).  ISA allows for power to detain a person without trial and contravenes the right to be presumed innocent until proven guilty.
 
On 19 July 2010 the Bar Council submitted a memorandum to the Ministry of Home Affairs calling for the abolition of ISA and other laws that allow for detention without trial, namely the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 and the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985.  The memorandum also calls for the Malaysian Government to abolish the Restricted Residence Act 1933, Prevention of Crime Act 1959 and Banishment Act 1959.
 
The Bar Council's memorandum draws attention to the archaic nature of these laws.  It highlights how laws that allow for detention without trial offend the fundamental principles of human rights provided for within the Universal Declaration of Human Rights 1948 and subsequent international conventions.  It further draws comparisons with anti-terrorism legislation in other jurisdictions such as Australia, Canada, the United Kingdom and USA, all of which provide for comprehensive protection of the security of their respective nations without foregoing safeguards to individual liberties and protection of basic human rights.  This has been achieved through a combination of automatic sunset clauses, strict judicial oversight and supervision with secrecy provisions and right to counsel.  Malaysian laws must provide no less protection and safeguards.
 
The Bar Council memorandum points out that Malaysia's own enhanced counter-terrorism provisions within the Penal Code and the Criminal Procedure Code, couple with present immigration and anti-money laundering and anti-terrorism financing legislation, provide our law enforcement agencies with sufficient powers to confront the challenges posed by such criminal activity, and to subject a person so suspected to prosecution within the due process of the law.  The power to detain without trial and to restrict free movement is wholly unnecessary and only leads to lackadaisical investigations, and misuse and abuse of the law.
 
The memorandum can be downloaded from here.
 
The Malaysian Bar calls on the Malaysian Government to respect and uphold the human rights of its people.  As a member of the United Nations Human Rights Council from 2010-2013, Malaysia has committed herself to maintaining the highest standards of human rights.  This can only be achieved by removing all laws contravening basic human rights principles, such as ISA and other legislation that provide for detention without trial and restrictions in the free movement of peoples within our borders.  50 years of living under ISA (and longer under some of the other legislation) is more than enough.  The time to free Malaysians from such unjust and unfair laws is now.
  
 
Ragunath Kesavan
President
Malaysian Bar
 
26 July 2010


Proview eBook Bi-Weekly Offer - Get your copy at 20% off!

Proview eBook Bi-Weekly Offer - Get your copy at 20% off! ...