[Malaysian Bar:3044] [Selangor Bar Committee] Makluman Perpindahan Mahkamah Ke Bangunan Annex, Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor

---------- Forwarded message ----------
From: Bar Council <council@malaysianbar.org.my>
Date: 2010/12/30
Subject: [Malaysian Bar:3044] [Selangor Bar Committee] Makluman Perpindahan Mahkamah Ke Bangunan Annex, Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor
To: malaysianbar@googlegroups.com


SBC/CIR/050/10
29 Dec 2010

image003.jpg

Kepada Semua Peguam,

Adalah dimaklumkan bahawa Mahkamah Sesyen dan Majistret (Sivil) Shah Alam telah berpindah dari bangunan MRCB,Shah Alam ke kompleks mahkamah (bangunan annex) dan telah mula bersidang dan beroperasi di bangunan baru mulai 20/12/2010.

Mahkamah Sesyen (Jenayah) Shah Alam dan Pejabat Pendaftaran (Jenayah), Mahkamah Sesyen dan Majistret telah berpindah dari Bangunan Lama, Kompleks Mahkamah ke Bangunan Baru (annex), Kompleks Mahkamah Shah Alam dan telah mula bersidang dan beroperasi mulai 27/12/2010. HANYA MAHKAMAH MAJISTRET (JENAYAH) 4 & 5, DAN MAHKAMAH MAJISTRET TRAFIK TIDAK TERLIBAT DENGAN PERPINDAHAN INI DAN MASIH BEROPERASI DI BANGUNAN LAMA KOMPLEKS MAHKAMAH SHAH ALAM, SELANGOR

Untuk makluman pihak tuan / puan, kedudukan Mahkamah Sesyen dan Majistret Sivil dan Jenayah di Kompleks Mahkamah (bangunan annex) adalah :-

list.jpg

Sekali lagi dimaklumkan, pihak Mahkamah telah menyediakan kemudahan tempat letak kereta (parking lot) bagi peguam dan orang awam di BAHAGIAN BASEMENT bangunan annex ini. Terdapat 116 tempat meletak kereta (parking lot) di bahagian tersebut. Namun begitu, Tuan / Puan masih juga boleh meletakkan kenderaan tuan / puan di tempat letak kereta terbuka di kawasan kompleks Mahkamah sepertimana sekarang.

Sekian, untuk makluman pihak tuan / puan.


Sekretariat,
Jawatankuasa Peguam Selangor.


--
To add or change your e-mail address, please fax (and not via email) your new email address under your firm's letterhead to the Bar Secretariat at +603-20261313.
 
This message was sent from a notification-only email address that does not accept incoming email. Please do not reply to it. Thank you.

Popular Posts